MENCARI REDHO ILAHI

Rnj enterprise: Agen Hartanah, Agen Jualbeli Kenderaan dan Insuran Kereta & Motor, Pembekal Haiwan Qurban,Aqiqah,Kenduri Kahwin. Khidmat Katering & Hiasan Dalaman

Saturday, 3 September 2011

Dari Sujud Ke Sujud (Full Song)

Posted by Mohd Razif Basari at 17:23 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Assalamualaikum w.b.t Selamat berkunjung... Terima kasih kerana mengunjungi laman blog ini.

DUA INSAN BERCINTA

DUA INSAN BERCINTA
Tanggal 30 August setiap tahun adalah Hari Ulangtahun Perkahwinan.

Gambar Keluarga

Gambar Keluarga

4 Tips kawal perasaan marah

Berikut beberapa cara bagi mengawal perasaan marah:

1. Apabila sedang marah maka hendaklah membaca “ta’awwudz” (memohon perlindungan) kepada Allah sebab pada hakikatnya perasaan marah yang tidak dapat dikawal adalah daripada dorongan syaitan.Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila salah se orang di antaramu marah maka katakanlah: ‘Aku berlindung kepada Allah’, maka marahnya akan menjadi reda”. (Riwayat Abi Dunya).

2. Berusahalah untuk diam atau tidak banyak bicara, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Apabila salah seorang di antara kamu marah maka diamlah.” (Riwayat Ahmad).

3. Jika sedang marah dalam keadaan berdiri maka duduklah, bila duduk masih marah maka berbaringlah. Hal itu ditegaskan Nabi, “Marah itu daripada setan, maka apabila salah seorang di antaramu marah dalam keadaan berdiri duduklah dan apabila dalam keadaan duduk maka berbaringlah.” (Riwayat Asy-Syaikhany).

4. Apabila sudah ta’awwudz, diam, duduk, dan berbaring tidak mampu mengendalikan amarah maka usaha terakhir yang boleh dilakukan ialah dengan cara berwuduk atau mandi.Sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan dijadikan daripada api. Dan api hanya boleh dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, apabila se orang di antaramu marah maka berwuduklah atau mandilah.” (Riwayat Ibnu Asakir, Mauquf). Selamat mencuba!

Mahligaimu dari air mataku

Izinkan diriku meluahkan rasa
Maafkanlah aku andai kau terasa
Biar kupaparkan apa yang terjadi
Moga engkau tak ulangi

Sungguh tak kusangka kau berpaling tadah
Setelah lamanya menjalinkan cinta
Dalam diam-diam kau sudah berpunya
Tanpa aku menyedari semuanya

Aku mendoakan agar kau bahagia
Bersama si dia insan yang kau suka
Percintaan kita tak sampai ke mana
Setakat di bibir saja sayang

Kau bina mahligai dari air mata
Yang jatuh berderai di wajah sepiku
Hancurnya hatiku bisa tak terkata
Terhumban rasa diriku

Oh aduhai ku masih ingati
Janji manis dan saat romantis
Kau pintaku supaya setia
Akhirnya kau yang berubah

Oh tuhanku tabahkan hatiku
Temukan ku dengan ketenangan
Jiwa ini dibelasah rindu tetapi apa dayaku

Kucuba pejam mata tapi tak terlena
Kerana ku masih teringat padamu
Begitu payahnya nak ku melupakan
Pernahkah engkau fikirkan oh sayang..

Hilangkan Stres

Petang-petang yang kecoh dengan gosip di pejabat ni, ramai lak makcik2 yang katanya stres dengan apa yang berlaku di pejabat kebelakangan ini.... Mungkin ada aktiviti yang dapat meredakan dan melegakan stres ni.... Antara aktiviti yang dicadangkan ialah:

1. Berurut atau Mengunjungi Spa

Aktiviti ini mampu merehatkan minda dan badan untuk yang berkemampuan. Dengan urutan yang betul ia mampu mengurangkan tekanan darah dan melegakan kekejangan otot, disamping bauan segarboleh merehatkan minda.

2. Bercuti

Bercuti mampu mengurangkan stres kerana ia membantu melupakan seketika masalah dan tekanan kerja. Bersantai di hujung minggu atau mengambil cuti boleh menenangkan fikiran. Lawatilah tempat-temapt menarik di Malaysia yang menjanjikan ketenangan pasti stres pun akan hilang.

3. Membaca Al-Quran

Bagi yang beragama Islam, membaca Al-Quran adalah terapi terbaik untuk membuatkan jiwa tenang selain menunaikan solat sunat dan berzikir.

4. Berkongsi Suka Duka

Berkongsi suka duka masing-masing bersama orang yang memahami mampu mengurangkan stres dan sebarang masalah lebih mudah diselesaikan secara perbincangan atau menulis di dalam diari atau blog(bahaya juge takut org lain menggunakan utk tujuan tidak baik jadi perlu berhati2).

5. Membeli-belah

Membeli-belah juga dikatakan merupakan satu kaedah terapi untuk mengurangkan stres. tidak salah untuk mencuba kerana ia juga sedikit sebanyak mampu menjana ekonomi negara. Tetapi, adalah dinasihatkan agar berbelanja secara berhemah supaya tidak berhutang. Berbelanja secara berhemah agar dapat mengelak wujudnya stres kerana boros berbelanja.

6. Amalkan Gaya Hidup Sihat

Bersenam secara teratur dan elakkan pengambilan kafein serta alkohol secara berlebihan serta memilih pemakanan sihat dengan melebihkan bijirin, sayuran dan buah adalah amat digalakkan. Minum jus buah-buahan dan sayuran yang segar setiap pagi dapat menambah kesihatan minda dan badan.

7. Berkebun

Berkebun juga antara aktiviti yang boleh menghilangkan stres walaupun kadang kala memerlukan tenaga tetapi pengeluaran peluh membuatkan badan jadi sihat dan minda lebih tenang terutama sekali apabila melihat hasil tanaman yang dapat dituai.

8. Tidur yang Mencukupi

Tidur yang mencukupi dan berkualiti adalah elemen rehat paling penting untuk tubuh serta minda supaya dapat kembali bertenaga secara fizikal dan mental keesokan harinya.

Stres juga boleh dihilangkan dengan mempunyai hobi yang berfaedah seperti merakamkan gambar, berenang, membaca dan aktiviti lain yang anda minati.

Jangan biarkan stres mengganggu kehidupan kita kerana ia boleh mendatangkan pelbagai masalah negatif kepada individu sama ada dari segi fizikal dan emosi. Sekiranya dibiarkan berlarutan boleh mengundang risiko kepada masalah mental seperti kegelisahan dan kemurungan. Walaupun sukar untuk mengelak punca stres secara menyeluruh tetapi kita mampu menanggani tanda-tanda awalnya dengan menjana sikap positif melalui minda dan emosi.

Hidup Ceria Tanpa Stres...

Catatan Buat Kekasih

MUTIARA KATA

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."

Antara dua cinta

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fata morgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan, leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hati ku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta

Hanya cinta Mu yang ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang ku bunuh

Temui Cinta Sejati

Makna cinta sejati ialah cinta yg betul-betul tulus dan ikhlas.cinta sejati pula menurut saya, Cinta itu pada dasarnya adalah untuk saling menyelamatkan, saling melindungi dan membahagiakan diri. Jika kita mencintai diri atau pun orang lain dengan sepenuh hati, itu ertinya kita menggantungkan diri pada makhluk yang berbagai kelemahannya belum tentu dapat memberikan semua kebahagiannnya. Oleh karena itu, cinta yang sepenuh hati hanya patut kita berikan pada Sang Khalik yang sudah pasti memberikan respon yang dapat mententeramkan hati, karena Dia pasti akan memberikan balasan setimpal bahkan lebih daripada yang kita berikan kepada-Nya.

Firman-Nya ada dalam sebuah hadist qudsi, “Jika dia (hamba-Ku) mendekat kepadaku sejengkal, maka Aku akan mendekat kepadanya sedepa. Jika ia mendekat kepada-Ku sedepa, Aku akan mendekatinya sehasta, jika ia datang kepada-Ku dengan berjalan, Aku akan datang kepadanya dengan berlari.”

Jadi, makna cinta sejati, sederhananya, menurut saya adalah cinta terhadap seseorang yang didasari atas kecintaan yang sama terhadap Allah SWT, bukan karena si dia cantik, pinter, dan semua objek fisiologis lainnya. Itu semua hanyalah opsional. Sebab, cinta yang berasal dari satu keyakinan akan timbul sebuah kepercayaan, dari sebuah kepercayaan lahirlah kesetiaan dan dari kesetiaan maka itulah yang disebut dengan cinta sejati.

Bertemu dan Berpisah

Memang telah menjadi lumrah kehidupan, adat bila bertemu pasti berpisah. Dua perkataan ini yang seringkali ditakuti dan digeruni oleh pasangan yang sedang hangat bercinta dan berkasih kasihan. Akan tetapi kita juga jangan lupa ada juga berlakunya perpisahan disebabkan pertemuan pertemuan singkat seperti bertemu semasa menghadiri kursus,berpindah ketempat kerja yang baru, pertikaian keluarga dan sebangainya.

Bila kita menyelami dengan lebih mendalam erti pertemuan, kita akan dapat merasakan betapa indahnya hari ini,esok dan seterusnya., seolah olah kesemua hari tersebut dan mendatang adalah milik kita, sebagai contoh seandainya pertemuan itu telah membuahkan bibit bibit percintaan, dimasa itu tidak akan terlintas difikiran pasangan tersebut akan terjadinya perpisahan. Mereka sentiasa dibayanyi keindahan,alam fantasi dengan impian yang nyata atau tidak. Semua ini sedikit sebanyak telah melupakan dan mengalpakan mereka pada perkara yang bakal mereka tempuhi kemudian hari. Bagi mereka yang dah biasa atau lali dengan hari ini bertemu dan esok pula berpisah mungkin tidak memdatangkan apa apa kesan negatif sebaliknya pada yang memerlukan pasti akan merasai kelukaan,kepiluan dan tekanan jiwa yang amat mendalam.








Kegagalan Bukan Satu Alasan.

Tahun 2011 telah meninggalkan kita. Ada bermacam macam peristiwa yang boleh diabadikan dalam memori sepanjang tahun tersebut. Kenangan manis,pahit, suka duka,gembira dan sebagainya telah menjadikan kita semakin dewasa. Kealpaan kita pada tahun lepas tidak mungkin akan berulang sekiranya pada tahun ini kita pahatkan dalam diri kita,hati kita dengan semangat yang lebih jitu, untuk memperbaiki diri apa yang kurang dan apa yang terlepas pandang. Tidak semestinya kegagalan yang kita lalui nak kita bawa bersama ditahun baru ini...lupakan.

Didepan sana kita masih ada peluang yang sentiasa terhidang, rebutlah peluang peluang tersebut..jangan dibiarkan ianya disambar oleh orang lain.Mari kita bentuk dan buktikan pada tahun 2012 ini kita masih gagah dalam memburu kejayaan, ibarat kata pepatah melayu ' yang bulat tidak akan datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang' semuanya memerlukan usaha gigih untuk lebih berjaya. Setiap kegagalan ada hikmah disebaliknya. Jangan terus membiarkan diri rasa tersisih dan hanyut dek emosi kegagalan itu sehingga
menghimpit diri kita.

Ayuh rakan rakan, di tahun 2012 kita buktikan bahawa kita mampu berdiri sama tinggi , duduk sama rendah dengan mereka yang telah lama berjaya. Tanamkan semangat, iktikad seta iktizam untuk kita terus berdaya saing. Buangkan jauh jauh sikap rendahdiri ,ego dan bodoh sombong kerana ketiga tiga sikap inilah yang akan menjerumus kita kepada kegagalan.

Ketahuilah rakan rakan semua,kegagalan bukanlah satu alasan untuk ditangisi buat selama lamanya, ingat jatuh bangun seseorang itu adalah hasil daripada kegagalan kerana kegagalanlah mereka berjaya untuk bangkit membina kehidupan yang lebih sempurna.

Wassalam





Antara Ibu dan Mama.

IBU,,anakmu menyayangimu,
disetiap detik dan waktu,

MAMA, papa sayang mama,
kerna mama telah berjaya mendidik anak2 papa.

IBU,..tanpa mu ,siapalah diriku..
hadir mu disisi ku tanpa mengira batas waktu
mengasuh,mendidik dan menjaga ku..
sehingga aku dewasa kini..
Jasamu ibu tak kan kulupai,hingga akhir hayat ku.

MAMA..
Anak2 kita besarkan bersama,
susah senang kita harungi belaka,,..
tak kira apa jua bencana yang akan tiba.
Kini anak2 kita dah berjaya...

IBU..
Kini usia mu kian dimamah waktu..
ku lihat kau baring,letih lesu..hati ku hiba pilu..
ku usap rambut mu IBU..tanpa ku sedar menitis air mataku.
ku peluk erat tubuh mu IBU..
ku cium pipi mu IBU,,,yang sudah lama tak IBU buatkan pada ku seperti dulu dulu..oh IBU.
betapa besarnya pengorbanan mu IBU.

MAMA.,
Ajarkan anak2 kita...
sebagaimana yang kita rasa..
Kasih IBU meresap dijiwa,
Agar pengobanan MAMA dan papa tidak mudah mereka lupa..

Antara IBU dan MAMA
papa sayang kedua dua..

Ayuh Kita Leraikan Rasa Keluhan Ini

Biasa kita dengar keluhan dari ibubapa hari ini tentang anak anak.macam bentuk keluhan tentang pergaulan, tentang kawan kawan, tentang pakaian, tentang perangai dan kelakuan.

Apa usaha yang telah kita lakukan untuk mengatasi semua masaalah itu? Adakah sekadar berserah dan mengatakan perkara itu lumrah dalam dunia serba mencabar ini?
Pernah kita mengambil tahu dengan siapa anak anak kita berkawan, lelaki atau perempuan?Sama jantina pula bukan bermakna akan kurang masaalah.

Pernahkah kita menjengok ke blog/facebook anak anak?Apa yang mereka sembangkan dengan rakan facebook mereka? Pernahkan kita melihat apa yang ada dalam talefon tangan anak anak kita yang canggih itu?

Pernahkah kita kisah dengan pakaian yang anak anak kita pakai?Pernahkah kita menengur tentang akhlak, perangai dan kelakuan anak anak yang tidak sepatutnya?

Pernahkah?

Tiada guna kita mengeluh dengan perbagai keluhan, jika kita tidak pernah pun mengajak dan memdidik anak anak kita untuk menjalani kehidupan ini sebagai seorang islam.

Seorang rakan pernah bercerita, rakannya mengeluarkan anaknya yang sedang belajar disebuah Tadika Islam kerana dia tidak tahu menjawab persoalan persoalan yang ditimbulkan oleh anaknya yang masih di tadika itu. sayang kenapa dia tidak berusaha untuk memahami islam dan berusaha untuk mendidik anaknya supaya faham islam? Tidak mustahil, si anak juga akan menjadi seperti ibunya bila dewasa kelak.

Mendidik diri sendiri dan anak anak untuk memahami islam, tidak ada hujungnya. Juga tidak ada alasan. Suami dan isteri kena saling menguatkan diantara satu sama lain dalam mendidik diri dan anak anak. Jangan lah kita terus terusan sibuk dengan urusan dunia yang tiada penghujung dan seolah tiada kepuasan yang dirasai. Sesekali bayangkan tentang kematian yang akan datang dengan tiba tiba...saat yang memutuskan kelazatan dunia....., mengeluh selepas kita berada di dunia yang satu lagi tiada gunanya..

wallahhu a'lam.


Pulanglah Duka.

Duka yang syahdu melewati hari
Bersua demi meragut jiwa yang sunyi dan sepi
Mengundang air mata tanpa rela
Bukan rindu, tapi amarah hiba

Aduhai hati,dikau melati kasih ku
kenapa menyeksakan....
kenapa menggusarkan....
kenapa mengguriskan....
...sendirian juga aku terdampar
di balik ruangan kalbu sendiri

Aku tak mahu menangisi
kerna ia bisa menyeksakan..

Aku tak mahu lagi berduka..
... kerna ia lebih menyedihkan..

Aku tak mahu lagi ingat..
...kerna ingatan boleh membunuh ku

Aduhai maha pencipta alam
kau tempiskan duka lara ini
kau longgarkan kekusutan ini
biarkan aku bernafas tenang
kembali tersenyum riang

Pulanglah duka..








Mutiara Hikmah

Renungan Untuk Ibu dan Anak
Ibu kita dan kita sebagai ibu

. lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. kita adalah dibawah siksa Allah bila ada masa untuk buat benda tidak baik tetapi tidak ada masa nak buat yang baik.
. Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.
. Setitik air mata ibu jatuh,10 kebajikan anak hilang. oleh itu ibu ibu jangan jatuhkan air mata dan anak anak jangan buat ibu jatuhkan air mata. menangislah kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.
. Kalau balik tengah malam, buka lampu dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidor akan menampakkan segalanya.

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.

. Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
. Membaca Al-quran sehingga menitis air mata.
. Memandang wajah ibu yang sedang tidor atau sedar sehingga
berlinang air mata.

3 orang yang kita perlu tengok dan selalu pandang dalam hidup,
. Anak
. Ibu
. Suami

kalau kita ada perselisihan faham dengan suami sehingga nak bercerai, tataplah muka suami kita ketika dia tidor- kalau masih terbit perasaan kasih, sayang,cinta,rindu atau simpati, janganlah bercerai tetapi jika tiada rasa timbul itu semua-maksudnya jodoh dah memang tidak ada, bolehlah teruskan apa yang patut.

Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya akan menangis dihari kematian ibunya, cuma menangis dalam hati sahaja. Oleh itu bagi sesiapa yang masih ada ibu, pandanglah ibu mu selalu.
Adalan menjadi satu dosa jika kita menggunakan jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada ibu.

wallahhu a'lam...

Waktu Solat

  • www.e-solat.gov.my/MainWS.php

AGAMA

  • Ustaz Azhar Idrus
    “Kena M4ki Baru Semua Staff Nak Keluar..” -Netizen Puas Hati Dengan Tindakan Lelaki Ini.
    4 years ago
  • Ustaz Yusof Embong (uye)
    UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH
    12 years ago
  • Muka Utama
    Mauris ut mauris
    15 years ago
  • EPISODE SEBUAH PERJUANGAN
    Blog ini berpindah ke http://episodeperjuangan.blogspot.com
    17 years ago
  • Himpunan Doa Harian | Zikir dari Al-Quran dan Sunnah
    Doa harian dan Pengertian doa
    19 years ago
  • Oh! Islam

MARI MENGAJI

  • www.quranexplorer.com/quran/

Hadith

  • http://hadits-albukhari.blogspot.com/
  • sigir.uitm.edu.my/webhadis/

Pendidikan

  • http://www.unikl.edu.my/
  • http://www.moe.gov.my/
  • http://upu.mohe.gov.my/

MAJLIS AMANAH RAKYAT

  • http://www.mara.gov.my/

Kesihatan

  • http://e-kesihatan.blogspot.com/

Motivasi

  • http://www.laman-map.com/
  • http://www.fadzilahkamsah.com/

Air Asia

  • http://www.airasia.com/my

About Me

My photo
Mohd Razif Basari
View my complete profile

Uitm Shah Alam

Uitm Shah Alam

Pedoman buat wanita bergelar isteri

Mampukah kau manjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya di perjuangkan ke jalan fisabilillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.

Dapatkah kau didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong dikala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.

Mengalir air mata mu,
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memilih harta didunia,
Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga.

Ketika kau marah,
Ingin ku intip sepihan sabar,
Daripada catatan hidup Siti Sarah.

Tabahkah jiwa mu,
Setabah Umi Nabi Ismail,
Mengendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghilang dahaga,
Diterik padang pasir merak,
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,
Pengharapannya hanya pada Allah,
Itulah wanita Siti Hajar.

Dapatkah kau menikut Jejak Siti Rahmah,
Permaisuri Nabi Ayyub,
Pasrah dengan dugaan tuhannya,
Walau pernah tersungkur kedalam jerat syaitan,
Namun dia kembali,
Kerana imannya yang kuat,
Telah dijanjikan syurga adalah balasanya,
Bahgia adalah miliknya.

Mampukah kau menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman,
bersinar indah , harum tersebar,
Bagai wanginya pusara Masyitah...


Bingkisan Doa...

Ya Allah,
sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat menghantarku kepada cintaMu.

Doa...

‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.

Firman Allah S.w.t yang bermaksud: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”

Surah AlBaqarah : Ayat 21

Allah berfirman bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271)

Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud:

"Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan").

Rahsia Khusyuk Solat

Hari Jumaat yang indah ini... Seorang rakan mengirimkan nota untuk dikongsi bersama.... Semoga nota ini memberi manfaat untuk kita bersama...

Ramai orang Islam yang mengerjakan solat, tetapi berapa ramai yang dapat merasai khusyuk di dalam solatnya? Dan berapa ramai pula yang sedang di dalam solat, tetapi fikirannya menerawang entah ke mana. Lebih menyedihkan, rukun solat menjadi tunggang-langgang. Seperti tertinggal bacaan wajib, tidak cukup rakaat dan sebagainya.

Imam Al-Ghazali telah berkata: "orangyang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar." Firman Allah SWT seperti dalam surah Al-Ankabut, ayat 45 yang bermaksud; "Bahawasanya, solat itu dapat mencegah perkara jahat dan mungkar."

TIPS AGAR SOLAT MENJADI LEBIH KHUSYUK

1. Berusaha untuk memahami setiap kalimah yang dibaca ketika solat. Seperti bacaan Al-Fatihah, tahiyat, tasbih dalam rukuk dan sujud dan bacaan-bacaan yang lain. Apabila kita faham maknanya, sudah pasti kita takut untuk berkhayal atau beralih tumpuan selain daripada hati hanya menumpukan kepada pengertian bacaan-bacaan tersebut.

2. Membataskan pandangan. antaranya dengan mengelakkan daripada menggunakan sejadah yang berwarna-warni atau mempunyai beraneka corak. Bilik solat juga biarlah yang tidak berwarna-warni atau mempunyai gambar serta ukiran atau yang terlalu luas. Biarlah suasana bilik yang tenang dengan warna-warna yang tenang serta tidak disertai perhiasan keterlaluan.

3. Pejamkan mata ketika solat (mengikut kesesuaian individu, kalau rasa tak sesuai tidak perlu) bagi tujuan mengelakkan gangguan solat dengan membataskan pandangan. Memejamkan mata dengan tujuan untuk menghindari sesuatu yang tidak baik itu sepatutnya dilakukan sejak sebelum mendirikan solat.

4. Membataskan pendengaran. Hindari suasana bising, seperti suasana riuh-rendah di luar (jika boleh dihindari)termasuk keriuhan anak-anak bergurau-senda atau bunyi muzik dan nyanyian dari radio atau televisyen.

5. Elakkan daripada pengaruh-pengaruh luar. Seperti sebelum mendirikan solat, pastikan semua kerja telah diselesaikan, anak-anak berada dalam keadaan selamat, pintu telah dikunci dan maskaan di dapur telah selesai.

6. Jika lapar, makanlah dahulu. Sebagaimana sabda nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud; "apabila datang makanan malam dan iqamat untuk solat dilaungkan, mulakan dengan mengambil makanan terlebih dahulu." Ianya dinasihatkan begitu supaya tidak terbayang makanan tersebut ketika solat dan merosakkan khusyuk solat tersebut.

7. Pakai pakaian yang bersih dan kenakan sedikit wangi-wangian. Jangan dianggap remeh terhadap dua perkara ini kerana ia turut mempengaruhi kekhusyukan solat.

8. Memohon pertolongan Allah untuk mengkhusyukkan solat dengan membaca surah An-Nas sebelum mengangkat Takbiratul-Ihram.

9. Menyegerakan solat dan sentiasa menepati waktu solat agar tidak tergesa mengejar waktu. Biasanya kita akan diam ketika azan berkumandang sebagai tanda menghormati azan. Jadi sebaik selesai azan, teruslah mendirikan solat kerana ketika itu ingatan dan tumpuan kita belum dicemari dengan perkara-perkara lain. jangan sesekali solat pada penghujung waktu kerana akan hilang tumpuan dan solat hanya sekadar untuk memenuhi rukun.

10. Sentiasa tanamkan dalam ingatan, bahawa kita sentiasa dalam perhatian Allah. Allah sentiasa memerhatikan gerak-geri, bacaan dan hati kita. Dari itu, tidaklah seharusnya kita berangan-angan dan berkhayal ketika solat, kerana Allah mengetahui kedudukan hati kita.

11. Sentiasa menanam dalam hati bahawa ketika bersolat, anda sendang menghadap Allah bukannya solat kerana orang lain. Seperti malu dengan kawan-kawan, takutkan ibu bapa dan sebagainya.

12. Menenangkan fikiran dengan membbuang jauh segala urusan dunia ketika memulai solat. solat juga merupakan satu terapi. Apabila segala urusan dan masalah dibuang jauh ketika hendak memulai solat, fikiran kita akan kosong. Tumpuan kita hanyalah kepada Allah. Waktu itulah kita merehatkan akal dan minda.

Selesai solat, minda akan menjadi segar dan kita akan menghadapi segala urusan dunia dengan mudah. Juga dengan keberkatan Allah. (Perlu diingatkan, urusan dunia tidak pernah akan selesai selagi kita bernafas. Jadi jangan sesekali urusan dunia menghilangkan tumpuan terhadap solat.)

13. Jangan sesekali lalai ketika sedang mengangkat Takbiratul Ihram, iaitu ketika menyebut kalimah Allahu Akbar yang bererti Allah Maha Besar, ketika menyebut lafaz ini janganlah hati menyimpang kepada perkara lain.

14. Berdiri solat seperti berdiri di Padang Mahsyar. Bayangkan seolah-olah ini adalah solat terakhir dan bayangkan juga dalam ingatan bahawa seolah-olah anda sedang berdiri di Padang Mahsyar. Bagaimana keadaan genting di sana yang mana merupakan penentuan abadi sama ada anda akan dihantar ke syurga atau neraka.

15. Menghadap Tuhan sebagai seorang pesalah ataupun hamba. Sebagai seorang yang bersalah atau pun hamba, pasti kita akan memberikan seluruh tumpuan, jiwa dan raga kepadaNya.

16. Ingatlah, Allah bangga dengan solat yang didirikan oleh hambaNya. Sesungguhnya para malaikat turut mendirikan solat bersama dengan solat yang didirikan oleh seseorang.

17. Solat tanpa khusyuk, dalam surah Al-Ma'un ayat ke empat dan kelima, Allah SWT telah mencadangkan bahawa neraka tersebut diperuntukkan bagi orang-orang yang mengerjakan solat, tetapi solat mereka itu dalam keadaan yang lalai dan lupa.

Tidak dinafikan, hawa nafsu memang sukar hendak dikawal. Manusia akan terus bermain tarik tali dengan hawa nafsunya. Manusia yang sememangnya mencintai dunia akan condong kepadanya, tidak boleh mengharapkan kelazatan bermunajat di dalam solat.

Untuk itu, mujahadah hendaklah dilakukan dan ini merupakan satu ubat yang pahit. Cita-cita duniawi dan cita-cita ukhrawi yang terdapat di dalam hati boleh diumpamakan seperti satu gelas yang dipenuhi air dan cuka. Berapa banyakkan air yang dimasukkan ke dalam gelas, gelas itu akan mengeluarkan dalam jumlah yang sama dengan cuka. Kedua-duanya tidak boleh berkumpul menjadi satu.

Semoga kita semua dapat menghampirkan diri ke arah solat yang khusyuk.

RAZNOR JAYA ENTERPRISE

TERBARU:Sesiapa yang berminat:- Hubungi: 0139324127

1. Budu Estate. Kuala Lipis Pahang.

2. Membangunkan Ladang Kelapa Sawit, Raub Pahang: 435.2 Hektar.

3. Ketapang. Mukim Pekan: 1.992 Hektar.

4. Seberang Tayur.Kemaman: 2.207 Hektar.

5. Mukim Kuala Pahang: 0.9636 Hektar. 6. (SOLD)

6. Mukim Penor, Kg Semangat: 0.4047 Hektar.

7. Mukim Rasau,Dungun, Ladang Sawit: 43.2 Hektar.

8. Mukim Kuala Paka. Ladang Sawit: 57.2 Hektar.

9. Mukim Kuala Kuantan : 47.71152 ekar.

10. Tanah Bt Hitam: 2.5 hektar. - 5. (SOLD)

11. Tanah Sebelah Lapang Sasar: 4.5 ekar.

12. Tanah Sebelahan Lampu Isyarat( Bandar Kuantan): 3 ekar.

13. Tanah Tepi Highway Sg Ular: 2.5 ekar.

14. Tanah M.Kuala Kuantan Y.Pahang : 47 ekar.

15. Tanah Sebelahan Giant, Kuantan: 1.5 ekar.

RAZNOR JAYA ENTERPRISE - 1

RAZNOR JAYA ENTERPRISE - 1
Tanah Bt Hitam(Tepi Sungai) - SOLD

RAZNOR JAYA ENTERPRISE - 2

RAZNOR JAYA ENTERPRISE - 2
Batu Hitam ( Sebelah Taman Perumahan) -SOLD

RAZNOR JAYA ENTERPRISE - 3

RAZNOR JAYA ENTERPRISE - 3
Tanah Kebun Kelapa P.Sepat -SOLD

RAZNOR JAYA ENTERPRISE - 4

RAZNOR JAYA ENTERPRISE - 4
Tanah Kebun Batu Hitam (SOLD)

RAZNOR JAYA ENTERPRISE

RAZNOR JAYA ENTERPRISE
Tanah Kebun Getah Penor

RAZNOR JAYA ENTERPRISE

RAZNOR JAYA ENTERPRISE
Tanah Kebun Sayur Sg Soi

RAZNOR JAYA ENTERPRISE

RAZNOR JAYA ENTERPRISE
Tanah Sekitar Pantai Gebeng

RAZNOR JAYA ENTERPRISE

RAZNOR JAYA ENTERPRISE
Tanah Cerating Sebelah Hotel Lagend

RAZNOR JAYA ENTERPRISE

RAZNOR JAYA ENTERPRISE
Tanah Air Putih Kemaman

Banglo untuk dijual

Banglo untuk dijual
Berhampiran Kg Chegal Lempong. Keluasan Tanah554 m.persegi. Harga RM 320 ribu. Kelauasan Rumah 60 x 30'. SOLD

AKHBAR HARIAN

  • www.sinarharian.com.my/
  • www.malaysiakini.com/
  • www.utusan.com.my/
  • www.hmetro.com.my/
  • www.bharian.com.my/
  • www.kosmo.com.my/

Harakah

  • http://bm.harakahdaily.net/

D ' Saji

  • SajiOnline V2 - Welcome to the Frontpage

My Blog List

  • Beautiful Nara
    Amelia Henderson Sekali Lagi Jadi Tumpuan, Busana Nampak Pusat Buat Peminat Meradang – “Kurang Akhlak Punya Pakaian”
    18 hours ago
  • Pahang Daily Online
    Sebanyak 49 Buah Motosikal Disita, 293 Notis Saman Telah Dikeluarkan Dalam 'Op Bersepadu' Dalaman HMPV Sekitar Jalan Kuantan Bypass
    1 day ago
  • Dapur Tanpa Sempadan...
    RESIPI KEK PAUN OREN
    2 years ago
  • MiLo SuaM
    Tengku Razaleigh ada bincang penubuhan kerajaan baru ketika mengadap Agong kata pembantu
    5 years ago
  • Home Sweet Home
    Pulut Kuning Berlapis Lagi Bertingkek..Suka-Suki Jer
    11 years ago
  • ISUHANGAT
    Buka kedai tanpa modal
    16 years ago

Badan berkanun

  • http://www.mara.gov.my/web/guest/home

De' zarrr Bowling Club

De' zarrr Bowling Club
De' zarrr Bowling Club ditubuhkan pada bulan Mei 2010. Diasaskan hasil kerjasama dua tiga Petugas FVOPsb Pelabuhan Kuantan. Nama De'zarrr diambil dari singkatan nama nama petugas berikut.De- Aswadee. Z- Zulkefli A- Azman R-Razif R- Ridzuan dan R - Rosli. Kelab ini ditubuhkan bagi mengisi masalapang dikalangan petugas dengan bersukan dan beriadah. Kelab kami telah beberapa kali menganjurkan perlawanan Bowling dikalangan zon zon industri disekitar Pelabuhan Kuantan, Gebeng dan Semambu.

Gaya Seorang Bintang

Gaya Seorang Bintang

Berehat di Cameron Highland

Berehat di Cameron Highland
Okt 2008. Besama kaum keluarga sebelah isteri telah bersama sama melancung ke Cameron Hihgland dan Bukit Merah Laketown Resort.Kami bermalam di Cameron Highland dan di Bukit Merah..

Rawatan Di IJN

Rawatan Di IJN
Pada awal March 2011, wife saya telah disahkan terkena serangan jantung.Saya tidak menyangka sakit yang beliau selalu alami dibahagian belakang dan depan sebelah kiri serta terasa kebas pada bahu hingga ke lengan tangan kiri dan menyucuk nyucuk pada bahagian dada, cepat semput adalah sinopsis kepada tanda tanda awal serangan jantung. Mujurlah saya cepat membawanya mendapatkan rawatan awal di KCDC Kuantan dan seterusnya dirujuk ke IJN Kuala Lumpur. Di IJN tindakan segera diambil oleh Doktor Pakar yang merawat beliau.Ada 4 Saluran injap yang block telah dimasukan spring. Setelah hampir 4 jam akhir beliau selamat dan kini sihat seperti sediakala. Cuma terpaksalah sentiasa makan ubat yang dibekalkan oleh pihak IJN. Syukur alhamdulillah beliau kini kembali ceria..

BOWLING KASTAM PAHANG 2011

BOWLING KASTAM PAHANG 2011

Blog Archive

  • ►  2013 (2)
    • ►  August (2)
  • ►  2012 (30)
    • ►  August (3)
    • ►  April (8)
    • ►  March (12)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ▼  2011 (60)
    • ►  December (32)
    • ►  November (19)
    • ▼  September (1)
      • Dari Sujud Ke Sujud (Full Song)
    • ►  August (5)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)

Followers

KELAB BOWLING SENDIRI

KELAB BOWLING SENDIRI

Kejohanan Bowling GPS Mei 2011

Kejohanan Bowling GPS Mei 2011
Kejohanan ini melibatkan ramai penyertaan terdiri dari Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan Swasta anjuran Felda sekitar Gebeng Pelabuhan dan Semambu (GPS)

Gaya Seorang Juara

Gaya Seorang Juara
Dalam kejohanan tersebut Team saya yang mewakili FELDA Pelabuhan telah Muncul Sebagai JUARA KUMPULAN dan saya pula muncul JUARA perseorangan Individu dengan jatuhan pin sebanyak 586(3game)

Kursus Odit SIRIM di PJ

Kursus Odit SIRIM di PJ
Awesome Inc. theme. Theme images by loops7. Powered by Blogger.