Tuesday, 27 December 2011

RAZNOR JAYA ENTERPRISE

 6 Kebaikan Kerja dan Bisnes Part Time

Rnj enterprise

10 tahun yang lalu, harga nasi lemak hanya 50 sen sahaja sebungkus.
nasi lemak
Berbeza dengan zaman sekarang. Bukan sahaja harga makanan sudah naik, malah harga-harga barangan lain seperti aksesori, rumah, kereta dan banyak lagi turut terkena tempias perkembangan ekonomi dan evolusi kehidupan.

Jika dahulu ibu bapa yang mempunyai gaji RM1,500 ke atas boleh menampung perbelanjaan keluarga. Kini RM3,000 belum tentu dapat menyelesaikan perbelanjaan bulanan.
Hakikat yang perlu kita terima di sini, situasi telah berubah. Khususnya untuk pelajar-pelajar yang masih menuntut ilmu di kolej dan universiti. Kita tidak boleh bergantung pada ibu dan bapa semata-mata.
penuntut ilmu di kolej universiti
Evolusi perlu berlaku terhadap diri sendiri. Di mana ketika usia kita mencecah 17 tahun ke atas, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mencari wang perbelanjaan sendiri tanpa perlu menagih simpati daripada kedua-dua ibu bapa.
Terdapat dua alternatif yang boleh diambil oleh para pelajar iaitu:
  1. Bekerja secara part time.
  2. Memulakan perniagaan secara part time.

3 Kebaikan Kerja Part Time

Terdapat pelbagai syarikat di Malaysia yang menawarkan peluang pekerjaan secara part time. Ini bermakna pelajar boleh mengambil peluang ini untuk mencari pendapatan sampingan, bagi menampung kos-kos kehidupan seperti:
  • Yuran pengajian kolej.
  • Makan dan minum harian.
  • Membeli buku atau barang-barang keperluan kolej.
Terdapat 3 kebaikan yang jelas apabila pelajar memilih untuk bekerja secara part time iaitu:
#1 – Tahu Potensi Pendapatan Setiap Bulan
Apabila kita bekerja di bawah majikan atau syarikat, kita sudah sedia tahu berapa jumlah pendapatan setiap bulan yang akan diperoleh. Ini secara psikologinya mendorong kita untuk bekerja dengan lebih gigih.\
Kerana kita sudah jelas terhadap hasil yang kita bakal peroleh apabila bekerja secara part time. Dalam masa sama, ia memudahkan kita untuk menguruskan wang dengan lebih efektif.
#2 – Tidak Mensia-siakan Masa Terluang
Pada hari minggu, para pelajar boleh menggunakan waktu ini untuk bekerja. Kebanyakan pelajar kolej dan universiti mensia-siakan masa mereka dengan melakukan perkara yang tidak produktif pada hari cuti.
melepak dan membuang masa
Dengan menggunakan masa-masa terluang seperti cuti semester atau cuti umum untuk bekerja, kita berpotensi untuk meraih pendapatan yang lumayan untuk menampung kehidupan seharian.
#3 – Belajar Pelbagai Perkara Baru
Bekerja dan belajar membawa dua input dan output yang berbeza. Apabila belajar, kita memahami sesuatu dalam konteks teori menerusi buku dan sebagainya. Berbeza pula ketika kerja, kita akan berhadapan dengan situasi sebenar kehidupan.
Dengan bekerja secara part time, maka kita dapat memahami dunia ini dengan lebih mendalam. Sebagai contoh, jika kita bekerja sebagai jurujual di kedai solek setiap hujung minggu, maka kita akan belajar dan memahirkan diri untuk berkomunikasi dengan para pelanggan.

3 Kebaikan Bisnes Part Time

Berbeza dengan kerja, bisnes memerlukan komitmen yang lebih tinggi. Salah satu daripada sebabnya adalah kita sendiri yang mengawal aliran tunai setiap bulan. Memulakan bisnes sendiri adalah tindakan yang berisiko bagi para pelajar.
Namun berniaga adalah cara yang terbaik untuk pelajar memahami keperitan dan keindahan yang dialami oleh para usahawan jutawan yang berjaya di luar sana. Antara kebaikan berniaga secara part time adalah:
#1 – Menguruskan Masa Dengan Lebih Efektif
“Better three hours too soon, than one minute too late.” – William Shakespeare
Pengurusan masa seorang pelajar yang berniaga adalah lebih ketat berbanding mereka yang bekerja secara part time. Ini kerana peniaga yang menetapkan masa kerja mereka sendiri, dan tidak menurut mana-mana pihak atasan.
pengurusan masa yang amat penting
Apabila kita berniaga secara part time dan tidak mengambil endah terhadap pengurusan masa, situasi yang kritikal akan berlaku dan memberikan kesan terhadap prestasi pelajaran kita di kolej dan sebagainya.
#2 – Bebas Kewangan Lebih Awal
Pelajar yang belajar selok belok perniagaan di peringkat awal mempunyai potensi untuk mencapai matlamat bebas wang lebih awal. Ia akan mematangkan minda seorang pelajar dengan lebih pantas mengenai realiti perniagaan dan kehidupan.
Situasi ini berlaku terhadap seorang usahawan wanita yang saya kenali. Beliau cuma berusia 23 tahun, tetapi empayar perniagaannya sudah menembusi pasaran luar negara.
Nasihat beliau untuk para pelajar yang ingin memulakan perniagaan adalah,
“Mula berniaga sekarang. Kerana lebih banyak kita buat dan belajar, maka lebih cepat untuk kita berjaya.”
#3 – Potensi Pendapatan Tidak Terhad
“9/10 rezeki datang daripada perniagaan”
Apabila berniaga, pelajar itu sendiri menetapkan potensi pendapatan yang ingin diperoleh. Semuanya tertakluk pada misi, kepercayaan dan tindakan kita.
Oleh sebab itu, kebanyakan pelajar yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan semasa di kolej lebih mudah untuk mencapai kekayaan dalam tempoh 3 hingga 5 tahun.

Pengurusan Wang Lebih Penting

Walaupun kita mempunyai pilihan sendiri untuk memilih kerja atau bisnes part time, namun perkara paling utama adalah menitikberatkan kemahiran pengurusan wang.
pengurusan wang
Mempunyai wang yang banyak tidak akan menjamin kehidupan yang senang dan bahagia. Tetapi pengurusan wang yang baik dapat membantu mengurus kehidupan kita dengan lebih baik dan juga teratur.

Monday, 26 December 2011

RAZNOR JAYA ENTERPRISE

Rnj enterprise

SETAKAT tahun lepas, terdapat 185.1 juta ekor unggas di negara ini dengan 9.2 juta ekor (lima peratus) merupakan ayam kampung dan itik. Daripada jumlah tersebut, 75 peratus atau 6.9 juta dipelihara dengan cara sistem lepas bebas.

MODUL reban mudah alih yang dicadangkan untuk Program Bumi Hijau
 
Sehubungan itu, satu inovasi telah dihasilkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) bagi memperkenalkan satu kaedah penternakan yang sistematik, selamat dan bersih. Ia bukan sahaja boleh diusahakan oleh penduduk kampung tetapi juga bagi mereka yang tinggal di tamantaman perumahan di bandar. Teknologi tersebut bertujuan mewujudkan satu kaedah pemeliharaan ayam kampung saiz sederhana yang sistematik berasaskan teknologi reban mudah alih.
Teknologi reban mudah alih ini yang antara pendekatan yang diperkenalkan bagi membantu menjayakan Kempen Bumi Hijau iaitu bagi penternakan ayam kampung dan burung puyuh. Sejumlah peruntukan akan disediakan bagi tujuan tersebut bagi menarik lebih ramai penternak terutama di kawasan bandar Konsep reban ayam ini diperkenalkan bagi mengelakkan jangkitan penyakit selesema burung Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI), penyakit sampar ayam yang berpunca daripada ayam kampung yang dipelihara secara bebas.
Dengan pengenalan konsep ini, Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) akan memberi pemahaman di peringkat negeri dan daerah menerusi kursus sehari iaitu penternak yang berjaya menyertai program Bumi Hijau diberi penerangan oleh agensi terbabit.
Ciri-ciri reban mudah alih
■Reban tersebut bersaiz tujuh kaki panjang, lebar lima kaki dan tinggi tiga kaki.
■ Dindingnya diperbuat daripada jaring, manakala bumbungnya boleh diangkat.
■ Reban ini mempunyai komponen-komponen asas antaranya pintu, tempat eraman, bekas makanan, bekas minuman, tangki air, takungan tinja (najis) dan empat roda.
■ Pada masa ini, rangkanya dibina daripada besi dan dianggarkan berharga tidak lebih RM3,000 satu set lengkap.
■ Bekalan 20 ekor anak ayam kampung iaitu 50 peratus jantan dan 50 peratus betina. Peserta dicadangkan membuat pilihan pada umur 16 minggu untuk mengekalkan sebanyak 1-2 ekor jantan.
■ Muatannya antara 20 dan 30 ekor ayam kampung berumur 15 minggu.
■ Antara satu dan dua ekor jantan dan empat atau lima ekor betina dan dipilih disimpan untuk pembiakan seterusnya.
Kebaikan sistem
1. Memudahkan pengawalan penyakit dengan adanya sistem reban yang sistematik
2. Dapat menyumbang menjayakan program Bumi Hijau yang disarankan kerajaan
3. Tinja dapat dapat dikumpul dengan mudah dan dijual atau digunakan sebagai baja organik
4. Sistem pemantauan dapat dijalankan dengan lebih mudah tepat dan berkesan
5. Ekonomi negara dapat ditingkatkan apabila wujudnya sistem kawalan penyakit yang efektif.
6. Sistem ini secara tidak langsung akan mewujudkan keadaan yang selamat dan keyakinan kepada pelabur untuk melabur di negara ini.


Cadangan pelaksanaan projek ternak ayam bagi progam Bumi Hijau
PerkaraKos Setiap PesertaPeruntukan yang diperlukan
Jumlah anak ayam kampung untuk 1,000 peserta20 ekor20,000 ekor
Kos reban mudah alihRM1,000RM1,000,000
Kos anak ayam umur 1 hari @RM3/ekorRM60RM60,000
Kos makanan ayam 100 beg (50kg) atau RM60/begRM60RM60,000
Bekas makanan dan minuman@ RM80RM80RM80,000
JUMLAHRM1,200RM1.2 juta

Sunday, 25 December 2011

RAZNOR JAYA ENTERPRISE

Rnj   enterprise  

Ejen Hartanah.
Ejen Jualbeli Keenderaan,Insuran Kereta & Motor
Pembekal Haiwan (kerbau,lembu,kambing) untuk Qurban & Aqiqah dan Kenduri Kahwin.
Khidmat CATERING & Hiasan Dalaman

harga kambing kurban



Hubungi :  013 9324127











Dapatkan haiwan Qurban dan Aqiqah anda disini. Kami mempunyai ladang ternak seluas 0.5 ekar di pinggiran Kg.Haiwan ini diternak didalam reban (kandang) yang mana telah menempatkan puluhan kambing yang telah sedia dipasarkan mengikut permintaan.Kambing yang dipelihara disini adalah dari jenis kampung , boer dan kacukan boer. Ia diberi makan pelepah kalapa sawit,hampas soya dan dedak.Untuk memastikan kambing2 ini sentiasa sihat kami sering mendapatkan khidmat nasihat dan juntukajar dpd jabatan haiwan.Kami juga menjual anak anak kambing kepada sesiapa saja yang berminat..Harga mengikut pasaran semasa dan boleh dirunding.

Monday, 19 December 2011

Koleksi Wallpaper Mekah

Klik pada gambar untuk zoom in

by ~dhii






by ~TKD-Queen

by ~shadow–man

by ~erfan91

by ~Art-Tech

by ~HalimBK

by ~Famodel

by ~ExoticInnocence
Ok itulah beberapa gambar makkahwallpaper makkah yang dapat saya share, semoga dengan mengumpul gambar-gambar Mekah semakin menambah kerinduan kita untuk  berkunjung ke sana menjalankan ibadah umrah atau haji.

Cara mudah dan murah memerangkap nyamuk


Kalau digigit nyamuk bukan sahaja gatal malah boleh membawa penyakit denggi yang membawa maut. Kata orang mencegah lebih baik dari merawat, begitu juga dengan nyamuk ni. Sebelum mereka membiak, hapuskan dahulu tempat pembiakan nyamuk.
Kalau rumah kita ada nyamuk, pelbagai cara nak membunuh atau menghalau atau menghalang nyamuk dari mengigit kita. Biasanya orang menggunakan spray nyamuk yang bukan sahaja membunuh nyamuk tapi silap-silap kita yang terkena kesan jangka panjang angkara bahan kimia ni.
Kalau nak menghalau biasanya orang menggunakan lingkaran ubat nyamuk yang baunya macam hampeh tu atau menggunakan cara moden yang menggunakan air atau kepingan yang menggunakan elektrik. Dan kalau nak menghalang nyamuk gunakan cara lama – pasang kelambu.
Ok kali ni isuhangat ingin berkongsi satu cara terbaru iaitu memerangkap nyamuk. Benda ni kita boleh buat sendiri dengan bahan-bahan yang murah.

Bahan-bahan dan tool yang diperlukan.
1. Botol air minuman 1.5 liter
2. Gunting
3. 200 ml air
4. 50 gram gula merah
5. 1 gram ragi
6. Kertas atau kain hitam
Cara pembuatannya:
1. Potong botol di bahagian tengah, simpan di mulut botol dan bahagian bawah botol.
mosquito
2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan sehingga sejuk dan kemudian tuangkan di separuh bagian potongan bawah botol.
mosquito
3. Tambahkan ragi. Tidak perlu dikacau. Ini akan menghasilkan karbon dioksida.
mosquito
4. Pasang/masukkan potongan botol bahagian atas dengan posisi terbalik seperti corong.
mosquito
5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, kecuali di bahagian atas, dan diletakkan di beberapa
sudut rumah Anda.
mosquito
6. Dalam dua minggu, anda akan melihat banyak nyamuk yang terperangkap dan mati di dalam botol.
mosquito

Saturday, 17 December 2011

KESIHATAN

 




JENIS MAKANAN

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan minum SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan AYAM bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama TELUR

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

Jangan minum SUSU bersama CUKA

Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL
  • CARA MAKAN
  • JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
  • TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI. (yang nie tak boleh buat kat office...;))
  • JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM .. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
    Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya..... cubalah..... ......... .
    Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.
  • Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
    Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.
    • Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat
      amalan antara lain:
    • Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
    • Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
    • Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
    • Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam...

      Sama-samalah kita mengamalkannya. ......
      WallahuA'lam
Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah... Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya..

SELAMATKAN SYRIA


Assalam,

Ana sempat menghadirkan diri ke UPM malam ini dan mendengar taklimat dari Al Syeikh Dr Khaleed Hasan Hindawi tentang Revolusi di Syria

Ini yg sempat ana catit utk share. Mungkin tidak lengkap.

Al Syeikh Dr Khaleed Hasan Hindawi

Doa meminta Allah mempermudahkan urusan kita dan membuka pintu rahmatnya.

Assalam.

Allah memberi peluang pergi ke indonesia dan memberi gambaran di Syria dan mereka skrg bersepakat utk sama2 membantu Syria. Syukur juga kpd penduduk Malaysia yg melayan kami.

Tuan2 telah melihat dlm video ttg revolusi di Homes tempat Khalid Al Walid dan Syam dan serata tempat di Syria menentang Hafidz Assad pemerintah zalim memerintah dgn besi dan api.

Golongan zalim cuba mengkaburkan cerita sebenar ttapi sprti kata Ali r.a"Pemerintah yg zalim itu hanya sementara tetapi pemerintah yg adil dan hak adalah kekal selamanya"

Siasah bersifat Firaun merompak harta rakyat jelata secara haram, membunuh dan merogol wanita,mengharamkan purdah. Siapa sangka Gadaffi boleh mati dibunuh? Mubarak jadi sebegini?

Syria dijajah Perancis 1945 dan kemudian republik. 22 tahun lalu diperintah oleh keluarga Assad, Syiah sesat mencaci Aishah r.a dan mereka tidak solat di masjid kita dan membayar zakat dan melakukan perkara keji dan membunuh Ahlis Sunnah.

Regim yg tak diiktiraf oleh negara Arab membunuh anak2 dan wanita kecuali Iran yg mengiktirafnya. 84% ahlissunnah, mereka cuma 6% dan selainnya Nasrani..mereka minoriti tetapi memerintah Syria kalau secara adil tidak apa tetapi secara zalim.

Mereka membenci ahlissunnah dan Hizbullah di Lubnan juga menyokong mereka. Jadi kita perlu menyokong saudara kita di Syria. Sekiranya Hizbullah berani menyokong Hafidz ini, kenapa kita tidak berani menyokong golongan yg mempelopori revolusi ini?

8500 syahid, 39000 cedera, 19 orang doktor dibunuh dan beribu2 orang di dalam penjara.

Dlm masa 8 bulan revolusi ini, rumah2 di roboh oleh kereta kebal, wanita di bawa lari dan diperkosa. Ayuh ramai2 kita membantu akhawat kita yg dizalimi.

Zainab Al Husni 23 tahun di Homes melawan bila hendak ditangkap tetapi di potong 4 dan di hantar ke keluarganya. Begitu juga dgn anak2 ramai yg mati dipotong2 badannya. Apakah kita perlu berdiam diri?

Ikhwah akhawat bila pergi revolusi akan bersiap dan mandi dgn wangi2an kerana mereka bersedia utk syahid. 95% rakyat menentang regim itu walaupun mereka ditakut2kan sekiranya turun menyertai revolusi.

Ada maklumat yg silap difahami yg bukan dari negara Arab.contoh spt di indonesia memahami yg kononnya regim ini menentang Yahudi tetapi seorang Yahudipun tidak pernah dibunuh. Malah kapal terbang yahudi boleh berada di atas istana Presiden tanpa masalah. Sebenarnya regim ini penbakut kpd yahudi.

Assad dan adiknya melakukan kezaliman kpd tunjuk perasaan, rakyat dan org tua.sekiranya tentera tidak membunuh rakyat maka mereka akan dibunuh. Setakat ini 30000 dari mereka telah berpaling tadah dan menyertai revolusi menentang regim.

Kami ulama di Syria telah mengeluarkan fatwa sekiranya tentera menyerang rumah mereka maka lawan walau dgn sebilah pisau dan akan syahid sekiranya terbunuh.

18 negara Arab telah bersetuju utk memulau Syria dari aspek politik dan ekonomi begitu juga negara2 OIC.

Ikhwah dan akhawat,tibalah masa dan giliran kita utk berdoa dgn penuh keikhlasan dan janji2 Rasulullah ttg Syams dan penduduknya. Juga tugas kita utk memberitahu tentang kezaliman regim Syria ke atas rakyat Syria dan wanita2nya. Marilah bantu mereka yg ramai keluarga mereka yg syahid yang juga makanan serta bahan bakar di waktu sejuk ini ditahan. Insyallah kita yakin orang yg di jalan kebenaran akan menang akhirnya.
"Then which of your Lord's favors will you deny?"

Friday, 16 December 2011

Ayuh Kita Perangi Murtad

MINTAK2 KEPADA KAWAN2 SEMUA,,,BACA LAAA,,,BUKAN SAJE2 NK POST NIE!!!~~~
DUNIA SUDAH AKHIR ZAMAN.. ALLAHHUAKBAR

Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!

persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!
Injil telah dicetak & di edar...
IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama...
Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT
tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH

(Agama Islam)....
gambar Lina Joy ( belakang sekali ) & Para peguamnya ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Baca sama-sama...

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada'kan.

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
-------------------------------------------------------------------------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

Allahua`ala `alam.