Mengikut pendapat ulama, ayat lima itu mempunyai pelbagai faedah termasuk:
- Sebagai penolak sebarang kejahatan manusia, jin, syaitan dan binatang buas.
- Sekiranya dibaca di hadapan musuh atau seteru, insya-Allah akan terjaga daripada sebarang kejahatannya.
- Dapat menimbulkan kewibawaan dan kehebatan diri di depan musuh ketika di medan perang hingga mereka gerun.
- Jika dijadikan suatu wirid (amalan yang berterusan) tiap selesai sembahyang fardu, maka segala hajat yang diingini akan dikabulkan Allah.
- Sesiapa yang membaca selepas Subuh dan solat Maghrib secara istiqamah akan dikekalkan dalam jawatannya dan dinaikkan pangkat.
Ayat kedua bermaksud: “Sesungguhnya Allah mendengar perkataan orang yang mengatakan, “Sesungguhnya Allah miskin dan kami adalah kaya. Kami akan mencatat perkataan mereka itu dan perbuatan mereka yang membunuh nabi tanpa sebarang alasan yang benar. Dan Kami akan mengatakan (kepada mereka), “Rasakanlah oleh kamu azab yang membakar.” (Surah Ali Imran, ayat 181).
Ayat ketiga daripada surah an-Nisa, ayat 77 yang bermaksud: “Tidakkah kamu perhatikan orang yang dikatakan kepada mereka, Tahanlah tanganmu (daripada berperang), dirikanlah sembahyang dan keluarkan zakat.” Setelah diwajibkan ke atas mereka berperang tiba-tiba sebahagian mereka (golongan munafik) takut kepada manusia (musuh) seperti mana ketakutannya kepada Allah, malah lebih daripada itu dalam ketakutannya lalu mereka berkata, “Ya Tuhan kami, mengapa Engkau tangguhkan (kewajipan berperang) kepada kami sampai beberapa waktu lagi! Katakanlah, “Kesenangan dunia itu hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang yang bertakwa dan kamu tidak akan dianiaya sedikit pun.”
Ayat keempat daripada surah al-Maidah, ayat 77, bermaksud: “Ceritakanlah kepada mereka mengenai kisah kedua-dua anak Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya ketika kedua-duanya dipersembahkan korban, maka terimalah (korban) daripada seorang antara mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Dia berkata, “Aku pasti akan membunuh.” Habil berkata, “Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada orang yang bertakwa.”
Ayat terakhir daripada surah al-Ra’du, ayat 16, bermaksud: “Katakanlah siapakah Tuhan langit dan bumi? Jawablah, Allah, katakanlah, Patutkah kami mengambil perlindunganmu selain Allah, pada hal mereka tidak menguasai kemanfaatan dan tidak pula kemudaratan bagi diri mereka sendiri.”
No comments:
Post a Comment