Salam alaik...
Bahagia dalam erti sempurna,. amandamai dan sejahtera tanpa ada unsur unsur yang boleh menggugat kebahagiaan itu sendiri. Ramai antara kita berusaha mencari kebahagiaan. Kebahagiaan yang macam mana.?Adakah kebahagiaan yang kita cari itu tercapai dengan kehendak dan citarasa kita..? Banyak cara dalam mencari kebahagiaan.Kebahagian yang hakiki adalah kebahagiaan dalam menampirkan diri kepada Allah swt. Sentiasa bermunajat,memohon keredhaan allah dalam mencari kesempurnaan dan kebahagiaan hidup didunia dan diakhirat.
Kesempurnaan adalah asas kepada seluroh kebahagiaan.Tak ada kesempurnaan bermakna tak ada kebahagiaan, kalau ada pun kebahagiaan itu hanya dipinggiran sahaja. Banyak yang boleh kita perkatakan tentang dalam mencari kebahagiaan. Kebahagiaan rumahtangga, kebahagiaan ditempat kerja, kebahagiaan dalam kita bermasyarakat,berkawan,jiran tetangga dan banyak lagi.
Contoh yang paling dekat yang nak saya tampirkan disini lihat sajalah kemakmuran negara yang sedang kita kecapi sekarang ini,aman damai tanpa ada sebarang persengketaan dalam masyarakat berbilang kaum.Seharusnya kita kekalkan, kerana ini jelas menunjukan kepada kita kebahagiaan yang sebenar. Disini lah kita dapat membentuk kebahagiaan yang kita cari selama ini.Lihat sahaja di luar sana berbagai ragam, berceramuk sesama sendiri..bayangkan bagaimana nak menikmati keindahan alam ciptaan illahi ditempat sendiri...agak mustahil.....kebahagiaan rumahtangga belum tentu dapat mereka perolehi. Ayuh kita gerakan usaha kita, pertajamkan minda kita, kita gunakan akal dalam membentuk keperibadian kita agar kebahagiaan itu sentiasa milik kita. Perlakukanlah, pertahankanlah demi masadepan generasi kita yang akan kita tinggalkan untuk mereka selama lama nya.
Oleh itu

No comments:
Post a Comment