Saturday, 17 December 2011

SELAMATKAN SYRIA


Assalam,

Ana sempat menghadirkan diri ke UPM malam ini dan mendengar taklimat dari Al Syeikh Dr Khaleed Hasan Hindawi tentang Revolusi di Syria

Ini yg sempat ana catit utk share. Mungkin tidak lengkap.

Al Syeikh Dr Khaleed Hasan Hindawi

Doa meminta Allah mempermudahkan urusan kita dan membuka pintu rahmatnya.

Assalam.

Allah memberi peluang pergi ke indonesia dan memberi gambaran di Syria dan mereka skrg bersepakat utk sama2 membantu Syria. Syukur juga kpd penduduk Malaysia yg melayan kami.

Tuan2 telah melihat dlm video ttg revolusi di Homes tempat Khalid Al Walid dan Syam dan serata tempat di Syria menentang Hafidz Assad pemerintah zalim memerintah dgn besi dan api.

Golongan zalim cuba mengkaburkan cerita sebenar ttapi sprti kata Ali r.a"Pemerintah yg zalim itu hanya sementara tetapi pemerintah yg adil dan hak adalah kekal selamanya"

Siasah bersifat Firaun merompak harta rakyat jelata secara haram, membunuh dan merogol wanita,mengharamkan purdah. Siapa sangka Gadaffi boleh mati dibunuh? Mubarak jadi sebegini?

Syria dijajah Perancis 1945 dan kemudian republik. 22 tahun lalu diperintah oleh keluarga Assad, Syiah sesat mencaci Aishah r.a dan mereka tidak solat di masjid kita dan membayar zakat dan melakukan perkara keji dan membunuh Ahlis Sunnah.

Regim yg tak diiktiraf oleh negara Arab membunuh anak2 dan wanita kecuali Iran yg mengiktirafnya. 84% ahlissunnah, mereka cuma 6% dan selainnya Nasrani..mereka minoriti tetapi memerintah Syria kalau secara adil tidak apa tetapi secara zalim.

Mereka membenci ahlissunnah dan Hizbullah di Lubnan juga menyokong mereka. Jadi kita perlu menyokong saudara kita di Syria. Sekiranya Hizbullah berani menyokong Hafidz ini, kenapa kita tidak berani menyokong golongan yg mempelopori revolusi ini?

8500 syahid, 39000 cedera, 19 orang doktor dibunuh dan beribu2 orang di dalam penjara.

Dlm masa 8 bulan revolusi ini, rumah2 di roboh oleh kereta kebal, wanita di bawa lari dan diperkosa. Ayuh ramai2 kita membantu akhawat kita yg dizalimi.

Zainab Al Husni 23 tahun di Homes melawan bila hendak ditangkap tetapi di potong 4 dan di hantar ke keluarganya. Begitu juga dgn anak2 ramai yg mati dipotong2 badannya. Apakah kita perlu berdiam diri?

Ikhwah akhawat bila pergi revolusi akan bersiap dan mandi dgn wangi2an kerana mereka bersedia utk syahid. 95% rakyat menentang regim itu walaupun mereka ditakut2kan sekiranya turun menyertai revolusi.

Ada maklumat yg silap difahami yg bukan dari negara Arab.contoh spt di indonesia memahami yg kononnya regim ini menentang Yahudi tetapi seorang Yahudipun tidak pernah dibunuh. Malah kapal terbang yahudi boleh berada di atas istana Presiden tanpa masalah. Sebenarnya regim ini penbakut kpd yahudi.

Assad dan adiknya melakukan kezaliman kpd tunjuk perasaan, rakyat dan org tua.sekiranya tentera tidak membunuh rakyat maka mereka akan dibunuh. Setakat ini 30000 dari mereka telah berpaling tadah dan menyertai revolusi menentang regim.

Kami ulama di Syria telah mengeluarkan fatwa sekiranya tentera menyerang rumah mereka maka lawan walau dgn sebilah pisau dan akan syahid sekiranya terbunuh.

18 negara Arab telah bersetuju utk memulau Syria dari aspek politik dan ekonomi begitu juga negara2 OIC.

Ikhwah dan akhawat,tibalah masa dan giliran kita utk berdoa dgn penuh keikhlasan dan janji2 Rasulullah ttg Syams dan penduduknya. Juga tugas kita utk memberitahu tentang kezaliman regim Syria ke atas rakyat Syria dan wanita2nya. Marilah bantu mereka yg ramai keluarga mereka yg syahid yang juga makanan serta bahan bakar di waktu sejuk ini ditahan. Insyallah kita yakin orang yg di jalan kebenaran akan menang akhirnya.
"Then which of your Lord's favors will you deny?"

No comments:

Post a Comment